Thursday 7 March 2013

Rendang Kerang Kentang







Rendang Kerang Kentang

Bahan:
2 biji bawang merah besar*
1 cloves bawang putih*
3 batang serai*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
6-10 biji cili padi untuk pedas (optional)*
5-6 biji cili kering*
1/2 inci kunyit hidup*
5-6 sudu besar kerisik (nak lg sedap boleh tambah)
2 keping asam keping
1 cawan santan (sy pakai santan kotak)
Gula merah, garam dan air secukupnya
Isi kerang sebanyak mana disukai
4 biji ubi kentang di potong dadu dan digoreng garing
Daun kunyit yg di racik halus

Cara:
1. Potong kecil2 dan mesin semua bahan bertanda * . Tumis menggunakan sedikit sahaja minyak. Masak sehingga garing.
2. Kemudian masukkan kerisik, kerang, dan kentang yg telah di goreng. Kacau sebentar dan masukkan asam keping. Masak sebentar kemudian masukkan santan dan air.
3. Perasakan dgn 4-5 sudu gula perang/merah dan garam. Masukkan juga daun kunyit yg telah di racik. Kalau suka berkuah cair, tambah air. Sy suka berkuah pekat..

selamat mencuba! :)




No comments:

Post a Comment