Apple Crumble Pie
Bahan Bumbu :- Ditumbuk halus
1) Bawang Merah2) Bawang Putih
3) Halia
4) Lada Putih ( terpulang samada guna yg biji / serbuk)
5) Kunyit ( terpulang samada yang hidup / serbuk)
6) Garam & Ajinomoto secukup rasa
** 1-2 batang serai
Bahan-bahan Lain :-
1) Ayam ( Paha @ Dada Ayam samada dengan kulit @ isi sahaja - Terpulang)
2) Daun Sup (cincang halus)
3) Bawang Goreng
4) Susu Cair (optional)
Cara-cara memasak :-
1) Potong ayam menjadi bahagian kecil dan lumurkan sedikit garam & air asam jawa utk hilangkan bau hanyir ayam. (Ketepikan seketika)
2) Tumbuk halus bahan2 bumbu tadi kemudian setelah halus tumiskan seketika dalam kuali.
3) Masukkan sekali serai yg telah di ketuk hujungnya ke dalam kuali yg berisi bahan bumbu tadi.. Tumis sekali sehingga naik bau.
4) Apabila sdh naik bau, masukkan ayam dan tumis seketika. Tambahkan air dan tunggu sehingga kuah mendidih serta ayam masak.
5) Apabila ayam sdh masak, boleh campurkan sedikit 'susu cair' ke dalam masakan untuk rasa yg lebih pekat dan lemak.. (susu cair menggantikan santan)
6) Matikan api dan taburkan daun sup serta bawang goreng ke dalam sajian.
7) Sedia dihidang bersama sambal belacan.
Cara membuat 'SAMBAL TOMATO BELACAN'
1) Lada
2) Belacan
3) Tomato
4) Garam, Ajinomoto & Gula sebagai pengimbang rasa
** Tumbuk halus kesemua bahan.
~ Maaf jikalau tiada sebarang sukatan dalam masakan ni sebab saya kalau masak suka main 'agak-agak' sehingga CUKUP RASA !!
SELAMAT MENCUBA
apple crumble pie?
ReplyDelete